Saturday, February 21, 2009

Al-Idrisi (493-560 H / 1099-1165 M)

- Beliau ialah Abu Abdullah, Muhammad bin Abdullah bin Idris Al-Hammudi Al-Hasani Al-Qurtubi.

- Beliau dilahirkan di persisiran pantai Sibtah yang terletak di sebelah utara Morocco, di selat Gibraltar.

- Al-Idrisi mempelajari ilmunya di Cordoba, Andalusia yang menjadi tempat perpindahan beliau. Beliau banyak menitikberatkan tentang ilmu geografi secara khusus menyebabkan beliau banyak menghasilkan penemuan baru di dalam bidang tersebut.

- Kemudian beliau mengembara ke negara-negara Afrika utara. Di sana beliau banyak mengenali bandar-bandar dan kampung-kampung malah beliau sempat menziarahi beberapa buah bandar yang terdapat di persisiran pantai Perancis dan Inggeris yang terletak di Lautan Atlantik. Setelah itu beliau pergi pula ke negara-negara timur sehinggalah beliau berjaya menziarahi Mesir, Syam (kawasan disekitar negara Syria dan Lubnan) dan Asia kecil (Turki).

- Dengan kepintaran yang luar biasa termasuk sifat tawaduknya yang jarang berlaku di samping pengetahuannya yang terlalu luas, Al-Idrisi mampu menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti matematik, kejuruteraan, geografi, ilmu falak, fizik, politik, perubatan dan kegunaan pelbagai jenis herba, tempat serta bentuknya.

- Kemudian Al-Idrisi berpindah ke Sicillia atas permintaan rajanya yang bernama Roger. Pada masa tersebut Sicillia adalah merupakan pusat perdagangan, pertukaran budaya dan pusat pertemuan pemikiran-pemikiran antarabangsa.

- Apabila raja Sicillia merenung terhadap Al-Idrisi, raja tersebut dapat mengetahui kepintaran dan kelebihan beliau. Lalu raja Sicillia meminta Al-Idrisi supaya mengarang sebuah buku lengkap yang merangkumi kesemua maklumat-maklumat penting di dalam geografi. Lantas Al-Idrisi mengarang bukunya yang bernama: Nuzhah Al-Musytaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq (Perjalanan Orang Yang Suka Menjelajah Dunia). Buku tersebut mempunyai kelebihan di dalam babnya. Di dalamnya Al-Idrisi memasukkan sebanyak 70 buah peta dunia yang kelihatan sangat terperinci di samping membuat perbandingan dengan peta-peta yang ada pada masa tersebut. Di dalam kajian tersebut Al-Idrisi berpendapat bahawa keadaan bumi ini adalah bulat bertentangan dengan kepercayaan yang menjadi tradisi masyarakat pada masa tersebut di mana mereka berpendapat bahawa keadaan bumi ini adalah mendatar.

- Al-Idrisi banyak mengkritik karangan-karangan yang dikarang oleh ulama-ulama sebelum beliau kemudian membuat komentar terhadapnya dan memberi penjelasan kepada pelbagai fakta sulit yang terdapat di dalamnya. Selain dari itu beliau juga menulis tentang suasana pengembaraan beliau sambil menyatakan tempat-tempat yang menjadi pangkal sungai Nil dan binatang-binatang yang terdapat di kawasan-kawasan tersebut serta menentukan sempadan laut-laut yang terdapat di kawasan khatulistiwa yang tidak dapat ditentukan oleh para ulama pada masa tersebut.

- Di samping itu juga Al-Idrisi mengukur garis pusat bumi dan berjaya mendapat keputusannya iaitu 22900 batu bersamaan dengan 42185 km. Keputusan tersebut tidak banyak berbeza dengan ukuran garis pusat yang sebenarnya iaitu 40068 km.

- Di antara karangan-karangan beliau yang paling terkemuka ialah:

* Nuzhah Al-Musytaq Fi Ikhtiraq Al-Afaq.

* Al-Jamie' Lisifaat Asytat An-Nabat.

* Al-Adwiah Al-Mufradah.

* Al-Masalik Waal Mamalik.

* Saadatu Ar-Rijal Wa Ghabtatu An-Nufus.

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...