Monday, June 28, 2010

:::::Jangan!!!

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.






Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).





Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.






Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.. .






Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.





Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.





Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.





Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.





Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya....
Kalau gagal kecewa pula.





Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.





Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita....





Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.






Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.






Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.





ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.





Jangan biarkan diri anda membaca saje artikel ni ni. Sebarkan pada kepada semua saudara islam yang anda kenal !!


Wasalam

Monday, June 21, 2010

Tahukah kita Larangan2 Dalam Solat?


Disalin daripada : umar adnan


Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang dari memasuki sembahyang, sedangkan dia menahan dari buang air kecil atau buang air besar, atau orang yang memakaikhuf (sepatu) yang sempit sebab semua itu akan mengganggu kekhusyu’annya dalam sembahyang. Begitu juga orang yang terlalu lapar atau yang terlalu susah hati.

Mengenai orang yang lapar, ada sebuah sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila hidangan makan malam telah tersedia dan sembahyang hendak dimulakan, maka hendaklah kamu memulakan dengan memakan hidangan itu dahulu.”

Mengenai menutup mulut dengan kain pula, sabdanya yang bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang yang menutup mulutnya di dalam sembahyang.

Al-Hasan pula berkata: setiap orang yang bersembahyang sedangkan hatinya tidak hadir bersamanya, maka dia lebih dekat kepada mendapat siksaan.

Seterusnya dimakruhkan atas orang yang sembahyang itu meniup ke tanah ketika dalam bersujud, atau tangannya bermain-main dengan batu di tanah itu, ataupun dia bersandar di tembok sewaktu berdiri dalam sembahyang.Sebahagian para salaf melarang empat perkara dalam sembahyang:

  1. Menoleh-noleh ke kanan-kiri.
  2. Menyapu-nyapu muka.
  3. Merata-ratakan batu.
  4. Bersembahyang di tempat lalu lintas orang ramai.
~Wallahualam~

Monday, June 14, 2010

Manusia Paling Dekat Dengan Allah Ketika Sujud Solat

Disalin daripada: umar adnan


DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.



Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.




Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain.




Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.



Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.

Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.


Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, June 7, 2010

Falsafah Kucing?


Disalin daripada: umar adnan


Kadang2 kita dengan binatang kita juga boleh amek iktibar dan renungan. Sumer org kenal kucing kan?hehe. Aku juga ade kucing.So, aku guner la kucing as an example. Makanan kesukaan kucing ialah ikan.Walaupun aku sndiri tak brape tau ape mkanan kesukaan kucing aku(snowy) 'sabor la vida' kot. :D Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut taupun cuber masuk lam akuarium. Eventhough
melompat2 nk masuk..


Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. :p Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat??

Kucing akan menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.(sebenarnye lapar sgt-stok mkanan habis...)

Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam.

Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanjalah’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan ataupun curi makanan atas meja makan. Walau mungkin kucing dapat ikan dan dah dapt habuan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya. (snowy kenal water spray?) :p

Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya???


Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini.

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...