SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam.
"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.
"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.
Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"
Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.
Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar.
Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".
Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, "Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Berdasarkan hujah di atas, kita dapati bahawa Nabi Muhammad SAW tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat sunat tarawih. Cuma, sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Ini bertepatan dengan satu hadis yang direkodkan Imam Bukhari dalam Sahihnya. Saiditina Aisyah berkata, "Tidak pernah Baginda melaksanakan solat malamnya pada Ramadan mahupun pada bulan lain melebihi sebelas rakaat."
Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."
Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadanitu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)
Muhasabahlah diri kita. Adakah Ramadan yang bakal menjelma ini akan menghasilkan bibit perpecahan hanya kerana bertegas soal jumlah rakaat. Atau kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan.
Impian Dulu Nyata Kemudian
-
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.b.t.
Hari ni teringat dekat blog dan rasa nak menulis pula.
Lawat myblog. Lawat blog sahabat rapat gila2 dul...
New url
-
Assalamualaikum. Blog saya sekarang menggunakan url baharu:
httpss://inianishumaira.blogspot.com
Terima Kasih di atas kesudian membaca selama ini. Terus me...
~Terpahat dalam Sanubari~
-
#memoribersamaarwahabah
(1997-2002)
teringat masa hari first masuk darjah 1(1997). Hari pertama, abah hantar ke
sekolah. Tamat waktu sekolah, balik jalan k...
Di Ambang 2014 ~TURUN ~
-
Assalamu'alaikum..
Pada saat di ambang tahun baru 2014 ini bakal terjadi sesuatu yang luar
biasa kerana hampir seluruh rakyat Malaysia akan TURUN ke D...
TeRoMPeT IsRaFiL DiTeMui NASA (hanya teori)
-
Peristiwa mengerikan yang akan terjadi kali pertama pada hari kiamat adalah
ditiupnya sangkakala (ash-shur) oleh malaikat Israfil atas perintah Allah.
M...
-
Assalamulaikum. Blog BALKIS-MML kini bertapak di BALKIS-MML
Maaf atas kesulitan.
Kindly inform that our blog's BALKIS-MML is moved to BALKIS-MML
Sorry for ...
Koleksi
-
Laporan Hasil Mahsul Cairo International Book Fair 2012 Dengan segala
hormatnya tajuk di atas adalah dirujuk. ;) Ehem. Pola pembacaan saya
nampaknya sedang...
Kau dan aku, bukankah kita impikan Syurga?
-
Awal kalam, bismillahirrahmanirrahim,
Jam sudah menunjukkan jam 2.54 pagi, namun masih gagal melelapkan mata, air
mata yang mengalir membasahi pipi ma...
Semoga ia Terus Subur….
-
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati…
Tetapkanlah hati kami diatas Jalan Agama-Mu..
Dan atas Jalan ketaatanMu..
Maha Suci Engkau dari segala kekura...
-
SAMA-SAMA KITA RENUNG..TENUNG..MENUNG..FIKIRKAN......
"Kita hanya merupakan pendatang di muka bumi Allah. Jika di negara kita,
pendatang dari negara lain y...
-
kejadian tnghari tadi, tayar motorku pancit di lebuhraya Sg Besi.
jam 1.40pm (sblm jumaat). Rakanku terlepas jauh di hadapan.Konvoi kami ke
Himpunan Aman ...
muktamar BADati 2010
-
alhamdulillah... setelah setahun sof pimpinan badati 09/10 menggalas
tanggungjwb sebagai penggerak dkwah dan tarbiyah di bumi maahad.. akhirnya
tanggal 2...
hati yang gersang
-
hati insan telah gersang
sudah lama ditimpa kemarau
benih iman sudah tidak tumbuh menjulang
tidak subur seperti semalam
ia lesu sayu seprti kesusahan
ibarat...
Cerita sebenarnya
-
Actually,tak gi mesir lagi..tapi tangan orang lain yang taip.Sekarang ni
menghitung hari je nak berlepas.First time sambut raya kat negara
orang.MIss Malaz...
Nota Buat Guru 18
-
Nota Buat Guru 18 :
Guru jangan sesekali menyebarkan aib pelajar kita. Kerana mereka juga
manusia seperti kita yang selalu tersilap dan tersalah. Moga-mog...
Page 6 of #snasa366hari
-
"People are so afraid of pain. Terrified of falling or failing. Terrified
of the break. Terrified of picking up the pieces. That is why we don'...
Senarai Bilik & Rumah Sewa Nilai & Lembah Klang
-
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya doakan agar semua bakal penyewa rumah & bilik saya sihat dan bahagia.
*==> NILAI*
*1) Apartment Cempaka Puri 1&2*
#...
Jiddiyah si Pemuda Rabbani
-
Semasa perjalanan pulang dari program tarbawi di utara, saya singgah di
masjid Al-bukhari Alor Star untuk solat maghrib. Kebetulan bertemu dengan
adik-a...
Cukup Wang, Hati Senang, Dakwah Berkembang.
-
Bismillah,
Semalam aku pergi event financial matters ni,
Disebabkan speaker tu punya suara tak berapa jelas, I can't give 100%
concentration masa dia bagi ...
Sepi Dalam Kerinduan
-
Bismillahirahmanirahim...
Alhamdulillahi ala kulli hal, seinfiniti kesyukuran dilafazkan buat pemilik
agung seluruh kehidupan ini. Selawat dan salam ku izz...
Mahasiswa Bertanding PRU? Mimpi Atau Realiti
-
Assalamualaikum & salam ceria...
"Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi
calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengi...
Kelebihan 10 Awal Bulan Zulhijjah
-
Kenangan Haji 2010 yang lalu
Kita telah memasuki bulan Zulhijjah, 10 hari awalnya penuh dengan
kemuliaan, hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebag...
Ramadhan ke-4, dan Tafsir Surah Yaasin 1-9
-
Alhamdulillah, Ramadhan sudah menjengah ke malam ke-4, sepatutnya bagi
pemburu pahala dari Allah s.w.t, Ramadhan dijadikan pesta ibadah bukan
sahaja yang w...
Manusia Hari ini
-
Hari ini manusia sudah tidak mengira dosa dan pahala, halal dan
haram.Akibatnya kita jauh daripada Allah.jauh dari rahmat Allah.Manusia
hari ini tidak ada ...
lembaran baru
-
waduh..waduh dah berabuk bekulat dan bercendawan blog ni. Dah lama bebenor
tak menjeguk apatah lagi mencoret. Hari ni rasa tergerak hati nak buat "
sesuatu...
-
*"hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu
dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah
tersadung,rebah me...