Sunday, August 30, 2009

::ALUMNI MMP::

Jemputan Menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Bekas Pelajar MMP 2009

Salam,

Saya mewakili ALUMNI MMP ingin menjemput sahabat bekas pelajar SMA Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Kelantan menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Bekas Pelajar MMP pada 22 September 2009.

Dilampirkan adalah kad jemputan ke majlis berkenaan dan maklumat lanjut tentang ALUMNI MMP

Kami amat berbesar hati dengan kehadiran sahabat sekalian. Kami juga berharap agar maklumat ini dapat dikongsi bersama bekas pelajar MMP kenalan sahabat yang lain.

Terima kasih.

Wan Marhaini Wan Ahmad

Bekas Pelajar MMP (1984-1990)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aturcara Majlis

2.45 – Ketibaan Jemputan

3.00 pm - Bacaan Doa oleh Ustaz MMP

Ucapan oleh Presiden Alumni – Puan Sakinah Salleh

Ucapan oleh Penasihat – Pof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi

Perasmian oleh YB Dato’ Hj Nik Mohamad Amar bin NikAbdullah

Tayangan Slides Alumni MMP

Penyampaian Cenderahati oleh Penasihat Alumni MMP, Prof Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi kepada:

Bekas Pengetua dan tenaga pengajar MMP yang bersara

Penyerahan Sumbangan Komputer kepada Pengetua MMP

Pelancaran Tabung Pelajar Miskin

Majlis Ramah Mesra & Jamuan Makan

5.00 pm – Majlis Bersurai

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan

(Alumni MMP)

Dengan segala hormatnya menjemput

Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan

_______________________

ke Majlis Alumni MMP

Tarikh: 22 September 2009 (Selasa)

Jam: 3.00 petang

Tempat: Dewan Asma’ Abu Bakar Maahad Muhammadi Perempuan,

Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Puan Rosmawani Che Hashim (0124317751)

Puan Ibtisam Abdul Ghani Azmi (0139322819)

http://www.mediafire.com/?sharekey=c4000fbee5b96d68a0f2f20c509059d94d896d39a50caef8ce018c8114394287

Monday, August 24, 2009

:: IFTOR AMAL::

IFTHOR JAMA'IE

anjuran :

AMAL [MAAHAD]

USIM--UIA, UKM,KUIS

TEMPAT:

DEWAN MASJID NILAI

MASA:

4-8 P.M

TARIKH:

31/8 2009

BAYARAN:

RM4

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

::sila sahkan kehadiran kepada 0132836263::

sertakan juga nama, tempat belajar n no tel

kepada semua sahabat ex-mml,mmp, mmpp yang kt usim uia, kuis n ukm bolehla datang ea [^^]

Sunday, August 23, 2009

solat terawikh??


Oleh Yussamir Yusof
Berita Harian 17 Ogos 2009

SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam.

"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.

"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.
Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"

Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.

Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar.

Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".

Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, "Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.

Berdasarkan hujah di atas, kita dapati bahawa Nabi Muhammad SAW tidak ada menetapkan sebarang rakaat untuk melaksanakan solat sunat tarawih. Cuma, sunnah yang dianjurkan adalah 11 rakaat termasuk witir. Ini bertepatan dengan satu hadis yang direkodkan Imam Bukhari dalam Sahihnya. Saiditina Aisyah berkata, "Tidak pernah Baginda melaksanakan solat malamnya pada Ramadan mahupun pada bulan lain melebihi sebelas rakaat."

Dalam menyelesaikan perbalahan mengenai jumlah rakaat ini. Imam Ibn Taimiyah berkata, "(Seseorang) boleh bersolat tarawih 20 rakaat sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Ahmad dan Syafie. Boleh juga bersolat 36 rakaat sebagaimana yang ada dalam mazhab Malik. Boleh bersolat 11 rakaat atau 13 rakaat. Semuanya adalah baik. Banyaknya jumlah rakaat atau sedikitnya bergantung kepada lama atau pendeknya bacaan."

Beliau menambah, "Yang paling utama ialah perbezaan ini adalah kerana mengambil kira perbezaan keadaan orang yang solat. Jika mereka kuat mereka boleh melakukan 10 rakaat ditambah dengan tiga rakaat witir sebagaimana yang diperbuat Rasulullah pada Ramadan dan di luarnya, maka inilah yang lebih utama. Jika mereka mampu, mereka boleh melakukan 20 rakaat, maka ini adalah afdal dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Muslimin, karena ia adalah pertengahan antara 10 dan 40. Dan jika seseorang itu bersolat dengan 40 rakaat, maka itu pun boleh, atau dengan jumlah yang lain turut diizinkan. Barang siapa menyangka bahawa qiyam Ramadanitu terdiri dari bilangan tertentu, tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang, maka dia sudah salah." (Majmuk al-Fatawa 23/113; al-Ijabat al-Bahiyyah 22; Durus Ramadhan 48)

Muhasabahlah diri kita. Adakah Ramadan yang bakal menjelma ini akan menghasilkan bibit perpecahan hanya kerana bertegas soal jumlah rakaat. Atau kita sama-sama meraikan perbezaan yang menjadi satu rahmat kepada manusia. Ramadan bukanlah bulan untuk berdebat siapa salah siapa betul. Tetapi Ramadan adalah bulan keberkatan yang di dalamnya penuh dengan kebaikan.

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...