Monday, December 13, 2010

Solat lima waktu - 80% tidak mengerjakannya

Oleh ZUARIDA MOHYIN

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain.

Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.

``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit.

``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini.

Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika.

``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.

``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum.

``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.

Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.

Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak.

``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak.

``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar.

``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya.

Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang.

Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material.

``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.

Sebelum itu, Dr. Fadzilah melancarkan dua album, Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Yang Gemilang dan Langkah Bijak Usahawan Terbilang Bahagian 2. Ia diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.

Di dalam album Petua Menjadi Pelajar Sekolah Menengah Yang Gemilang, beliau menekankan bahawa segala kehebatan dan kecemerlangan telah ada dalam diri, sekadar menanti untuk digerak dan diserlahkan.

Ia memuatkan beberapa tajuk menarik antaranya; masalah dan cabaran pelajar sekolah menengah, rungutan guru terhadap kerenah pelajar, langkah cemerlang menjadi pelajar terbilang dan teknik-teknik efektif mengulangkaji pelajaran.

Manakala album kedua yang dilancarkan pagi itu pula diterbitkan setelah bahagian pertama mendapat sambutan menggalakkan.

Ia adalah kesinambungan mengenai petua-petua menjadi seorang usahawan yang terbilang. Ini kerana Dr. Fadzilah menekankan hakikat bahawa usahawan yang cemerlang suka melakukan perkara yang tidak suka dikerjakan oleh usahawan yang gagal.

Di samping itu, ia juga mendedahkan beberapa punca kegagalan serta memberi pelbagai tips, rahsia dan petua ke arah melahirkan usahawan terbilang dan menjalankan perniagaan dengan cemerlang.

Kedua-dua tajuk ini telah diterbitkan di dalam bentuk VCD, CD dan kaset.

Turut hadir dalam majlis pagi itu ialah Pengarah Urusan Telaga Biru, Ab. Waharp Yusoff. Tetamu turut dihiburkan oleh persembahan empat orang anak muda yang menggelarkan diri mereka kumpulan nasyid RAST.

Sunday, August 29, 2010

Rumah Terbuka AMAL AIDILFITRI 2010


Insyaallah pd Syawal yg dinantikn ini..Alumni Maahad Muhammadi (AMAL)
sperti biasa akn mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri AMAL 2010.
Shabat2 bekas plajar MML,MMP,MMPP dijemput hadir..
Tidak dikenakn sebarang bayaran..

Utk KEHADIRAN (NAMA,NO.HP,KAMPUS,Skolah n BATCH) sila respon secepat
yg mungkin sbelum 6hb9 2010 UTK MEMUDAHKAN KERJA

syukran

"Berkonsepkan Rumah Terbuka (Santai)"

RESPON KEHADIRAN KEPADA:
RASYADAN:0133440625
FASIHAH: 013-2503256


Saturday, August 14, 2010

Ifth0r Jami'e Amal

Bismillahirrahmanirrahim


salam ramadhan kareem buat semua..



anda bekas pelajar MMP @ MML @ MMPPP

Jika ya.. jom pakat ramai2 imarahkan program Majlis Ifthor Jami’e AMAL






Tarikh:

6 September 2010

Masa:

5:00pm - 10:00pm

Tempat:

Wisma MGU,Jalan Pintu Pong, Kota Bharu Kelantan





TENTATIF IFTAR JAMAIE AMAL 2010
05.15 pm : Pendaftaran
05.30 pm : Tazkirah Ringkas
06.00 pm : Bacaan Quran
06.30 pm : Ucapan Marhaban (dari bapak presiden)
...07.00 pm : Solat Maghrib Berjemaah
07.45 pm : Jamuan Berbuka
08.30 pm : Majlis Wada’






p/s : pada perancangan asal, majlis berbuka puasa ini akan di teruskan dengan solat teraweeh sekali, tp semua ini tertakluk pada sahabat-sahabat. mungkin ad yang lebih berminat untuk berteraweh di qaryah ramadhan



Kepada sahabat-sahabat yang berminat, bolehla mndaftarkan diri pada ajk yang terlibat. dan tarikh tutup pendaftaran pada 31 ogos, bagi memudahkan pihak kami menyediakan makanan. Yuran di kenakan sebanyak RM5


Hisyam 0133084196
Fathiah 0199595489

..( ^-^)(^-^ )..



Wisma MGU berhampiran mydin besar KB , tingkat atas kedai Cinta bersebelahan pasaraya ekonomi, bertentangan dengan bangunan maybank

Saturday, July 10, 2010

org y m’ucap sYahadah pasTi masuk sYurga

Pertanyaan:

Bagaimana hukumnya orang yang semasa hidupnya selalu mengerjakan maksiat, akan tetapi pada akhir hayatnya (ketika sakaratul maut) dia mengucapkan dua kalimat Syahadat?


Jawapan:


Barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, iaitu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada di sisi Allah dan masuk syurgaNya.


Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk syurga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang yang masuk pertama), kerana dia diazab terlebih dahulu di neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan, yang belum bertaubat dan tidak diampuni. Tetapi dia juga tidak kekal di neraka, kerana di dalam hatinya masih ada sebutir iman. Adapun dalil-dalilnya sebagaimana diterangkan dalam hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, iaitu:

Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' kemudian meninggal, maka pasti masuk syurga."

Dari Anas r.a., bahawa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya."

Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahawa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi khabar gembira kepadaku, bahawa barangsiapa yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk syurga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai dua kali.

Banyak hadis yang menunjukkan bahawa kalimat Syahadat memberi hak untuk masuk syurga dan terlindung dari neraka bagi yang mengucapkannya (mengucap Laa ilaaha illallaah). Maksudnya ialah, meskipun dia banyak berbuat dosa, dia tetap masuk syurga, walaupun terakhir.

Sedangkan yang dimaksud terlindung dari neraka ialah tidak selama-lamanya di dalam neraka, tetapi diazab terlebih dahulu kerana perbuatan maksiatnya

SUMBER:FATWA QARDHAWI

Friday, July 2, 2010

baGaimana t'baTalnya keISLAMAN s'seOrg?


Pertanyaan:


Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?


Jawapan:


Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, iaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah.


Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebahagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana erti (maksud) dari ayat di bawah ini:


“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ...” (Q.s. Al-Ahzab: 36) .


Perlu diketahui bahawa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajipan-kewajipan, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama:


"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."


Misalnya, kewajipan salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya.


Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qisas, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.


Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.

Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya.

SUMBER: FATWA QARDHAWI

Monday, June 28, 2010

:::::Jangan!!!

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.






Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).





Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.






Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.. .






Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.





Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.





Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.





Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.





Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya....
Kalau gagal kecewa pula.





Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.





Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.



Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita....





Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.






Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.






Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.





ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.





Jangan biarkan diri anda membaca saje artikel ni ni. Sebarkan pada kepada semua saudara islam yang anda kenal !!


Wasalam

Monday, June 21, 2010

Tahukah kita Larangan2 Dalam Solat?


Disalin daripada : umar adnan


Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang dari memasuki sembahyang, sedangkan dia menahan dari buang air kecil atau buang air besar, atau orang yang memakaikhuf (sepatu) yang sempit sebab semua itu akan mengganggu kekhusyu’annya dalam sembahyang. Begitu juga orang yang terlalu lapar atau yang terlalu susah hati.

Mengenai orang yang lapar, ada sebuah sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila hidangan makan malam telah tersedia dan sembahyang hendak dimulakan, maka hendaklah kamu memulakan dengan memakan hidangan itu dahulu.”

Mengenai menutup mulut dengan kain pula, sabdanya yang bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang seseorang yang menutup mulutnya di dalam sembahyang.

Al-Hasan pula berkata: setiap orang yang bersembahyang sedangkan hatinya tidak hadir bersamanya, maka dia lebih dekat kepada mendapat siksaan.

Seterusnya dimakruhkan atas orang yang sembahyang itu meniup ke tanah ketika dalam bersujud, atau tangannya bermain-main dengan batu di tanah itu, ataupun dia bersandar di tembok sewaktu berdiri dalam sembahyang.Sebahagian para salaf melarang empat perkara dalam sembahyang:

  1. Menoleh-noleh ke kanan-kiri.
  2. Menyapu-nyapu muka.
  3. Merata-ratakan batu.
  4. Bersembahyang di tempat lalu lintas orang ramai.
~Wallahualam~

Monday, June 14, 2010

Manusia Paling Dekat Dengan Allah Ketika Sujud Solat

Disalin daripada: umar adnan


DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur)."

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.



Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.




Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain.




Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.



Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.

Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki.


Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, June 7, 2010

Falsafah Kucing?


Disalin daripada: umar adnan


Kadang2 kita dengan binatang kita juga boleh amek iktibar dan renungan. Sumer org kenal kucing kan?hehe. Aku juga ade kucing.So, aku guner la kucing as an example. Makanan kesukaan kucing ialah ikan.Walaupun aku sndiri tak brape tau ape mkanan kesukaan kucing aku(snowy) 'sabor la vida' kot. :D Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut taupun cuber masuk lam akuarium. Eventhough
melompat2 nk masuk..


Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. :p Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat??

Kucing akan menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.(sebenarnye lapar sgt-stok mkanan habis...)

Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam.

Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanjalah’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan ataupun curi makanan atas meja makan. Walau mungkin kucing dapat ikan dan dah dapt habuan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya. (snowy kenal water spray?) :p

Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya???


Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini.

Sunday, May 30, 2010

Keutamaan menyempurnakan rukun-rukun sembahyang



Bersabda Rasulullah s.a.w.:




“Barangsiapa menunaikan sembahyang pada waktunya dan melengkapkan wudhu’nya serta menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya, nescaya sembahyang itu akan terangkat (ke atas langit) dalam keadaan putih dan cemerlang.



Ujar sembahyang itu: Semoga Allah memelihara engkau, sebagaimana engkau memelihara aku.



Barangsiapa menunaikan sembahyang di luar waktunya dan tiada pula melengkapkan wudhu’nya serta tiada menyempurnakan ruku’nya, sujudnya dan khusyu’nya, nescaya sembahyang itu akan terangkat dalam keadaan hitam legam.



Ujar sembahyang itu: Semoga Allah menyia-nyiakan engkau, sebagaimana engkau menyia-nyiakan aku.



Apabila ia telah sampai ke tempat yang ditetapkan oleh Allah, maka ia pun dilipat-lipat, sebagaimana dilipatkan baju-baju yang koyak, lalu dipukulkanlah sembahyang itu ke muka orang yang melakukannya.”


sumber: Bimbingan Mukmin, Imam Ghazali,rukun-rukun. solat

Friday, May 28, 2010

::untukmu::

Puisi Untuk Seorang Sahabat



Mungkin waktu kan terus berlalu, membawa buih-buih pergi menjauh.
Dan manusia hanyalah butir pasir berserak di hamparan zaman, yang mengikuti kemana angin takdir berhembus.
Dan mungkin waktu melapukkan batu, membuat besi menjadi karat; Mengubah dunia menjadi tidak seperti yang kita kira dan angankan.
Walau sungguh pun waktu berkuasa, persahabatan sejati takkan mudah pudar olehnya.



Akan kenangan saat mimpi-mimpi bersemi semerbak, dan akan kenangan saat mimpi-mimpi terhempas berkeping di jalan berlubang kehidupan -- dan kau ada di sana sebagai sahabat yang memahami segala keluh kesah.
Atas kebaikan yang mungkin tidak kau sadari, oleh sekedar canda yang membuat hidup ini lebih memiliki arti; menjauhkan rasa nyeri sedari.





Dan sahabat, jika apa yang kita miliki memang persahabatan yang tulus, maka ada tali silaturahmi yang mesti kita jaga.
Walau jarak merenggangkan ikatan, dan harapan-harapan membawa kita berlayar ke negeri-negeri asing; ketahuilah bahwa ada seorang sahabat yang akan membantumu jika engkau membutuhkannya.

Kado ini tak lebih berharga ketimbang kebaikanmu selama ini. Hanya sekeping tanda mata agar kau tak lupa, bahwa ada – ada bahagia untuk menjadi seorang saudara

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...