Saturday, October 24, 2009

Oleh: Munzir Musa


"Anta lajnah _______ ni ea?", Tanye seorang senior di KTC kepada penulis. Penulis menjawab "Ya". "Anta tak layak langsung lajnah ni, anta sepatutnya lajnah _______" balas senior tersebut. Rasa berderau dan meningkat aura kemarahan dalam diri setelah semangat dan berkobar-kobar dalam diri ini untuk berorganisasi. Tak supportive langsung!.


"Ana memang tak boleh buat tugas ni, tau ana memang tak boleh..." Keluhan seorang sahabat.

Dialog di atas adalah dialog yang dialami penulis sendiri. Memilih lajnah, biro, unit atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya dalam sesebuah organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan kita dalam sesuatu organisasi. Tambahan pula kalau organisasi itu adalah sesuatu yang amat penting kepada Islam. Penulis berasa terpanggil untuk menyatakan pendirian tentang perkara ini.

Tak Perlu Kerek

Ada satu golongan dalam dunia ini yang mana mereka merasa mereka yang layak menentukan itu dan ini. Padahal penilaian mereka ini berdasarkan luaran sahaja. Samalah seperti "Judge a book by its cover". Mereka dengan mudah mengecop atas muka setiap orang dengan pengecopan mereka sendiri.

Penilaian yang Macam Mana?

Rasulullah dalam sabdanya:

"Bagi setiap orang ada perkara yang mudah baginya apabila membuat sesuatu yang sesuai baginya"

Ustaz Yahya Othman dalam satu kertas kerja mengatakan: Sesungguhnya adalah menjadi tuntutan agama yang pertama dan utama ke atas setiap muslim yang berucap dua kalimah syahadah bahawa tidak ada makhluk yang diciptakan Allah tidak mempunyai tugas dan sia-sia, segala-galanya ada tujuan di sisi Allah kepadanya satu pekerjaan. Setiap manusia hendaklah mencari dan menyelidik dirinya adakah sesuai (Pekerjaan) dengan fitrahnya sendiri.

Yang menjadi masalah ialah penemuan kerja-kerja yang telah ditaqdirkan sesuai (mudah) bagi setiap orang.

Inilah yang sebenarnya apa yang disebut oleh pakar-pakar psikologi mencari bakat yang sememangnya ada dalam setiap diri manusia, tetapi ada orang yang menemuinya lalu diasah dan dipupuk dan ada orang yang gagal menemuinya, maka dia tidak berjaya dalam hidupnya. Orang-orang yang cerdik di dunia iniialah orang yang tahu dan pandai mencari bakat sendiri yang biasanya dijelmakan oleh kecenderungan, perasaan, bakat, kebolehan semula jadi, lalu dijadikan itu semua sebagai titannya untuk mengarah dirinya kearah dirinya kearah memang telah ada jarum penunjuknya kearah itu, lalu dipupuk, dibina dan ditajamkan, diasahkan kemudian diteruskan sampai ke penghujung jalan.

Kita dalam organisasi terbentang luas di hadapan kita, haluan-haluan yang sedang dan akan kita lalui. Banyak mehnah dan tribulasinya. Kita mestilah memupuk dan membina suatu perasaan keyakinan dalam diri setiap ahli organisasi kita, kita tetap by hook or by cook meneruskan perjungan ini. Tidak ada seorang pun yang tidak diberikan tugas, setiap orang ada tugas pada posisi masing-masing.

Memilih Lapangan

Memilih bidang atau lapangan yang tertentu dalam organisasi untuk mengambil bahagian atau lajnah yang sesuai denagn kebolehan dan kecenderungan kita kemudian beristiqamah di situ. Satu perkara yang mustahak difikirkan dari sekarang, pada waktu kita menjadi penuntut dan masih belajar,oleh yang kerana kita masih dalam proses penyusunanA (Tanfiz) dan pembentukan (Takwin) maka kita boleh memilih bidang yang kita minati yang kita rasa sesuai dengan sesuai dengan seleranya untuk diasah bakatnya dilapangan itu. Kita mahu kita terserlah dalam bidang yang kita pilih.

Konklusi

Memilih lajnah atau biro yang sesuai dengan kebolehan diri akan membolehkan seseorang anggota memberi perkhidmatan yang cemerlang dan itulah cara yang sebenarnya bagi memupuk dan membina keyakinan diri dalam organisasi. Penulis mencadangkan beberapa langkah mudah untuk memilih sesuatu lajnah, unit atau biro organisasi;

1. Mengkaji kelebihan dan kelemahan dalam diri
2. Menyelidik kecenderungan diri
3. Buat Pilihan
4. Istikharah

Salam. Selamat Membuat Keputusan.

di petik daripada http://munzirblog.blogspot.com

No comments:

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...