Saturday, April 25, 2009

Darihal Earth Hour dan penjimatan tenaga

COPY FROM: http://www.harakahdaily.net
BY: Fahri Abdullah al-Masri

Satu-satunya rangkaian tv yang menyokong dan mendokong usaha-usaha murni 'Earth Hour' pada 28 Mac baru-baru ini adalah 8TV. Saluran RTM, TV1 dan TV2 meneruskan siarannya seperti biasa.

8TV adalah berjiran dengan TV9, TV3, NTV7 di Bandar Utama, Damansara. Sejak semalam tidak diketahui berapa ramaikah yang bergelap? Saya tak menutup komputer kerana mahu menaip. Sebenarnya, ada seribu satu cara untuk menyelamatkan bumi kita daripada perubahan iklim.

Apa yang penting, penggunaan elektrik itu ada kegunaan ke arah positif. Dalam kes saya, kepenggunaan eletrik yang sedikit telah digunakan ke arah kebaikan dan manfaat orang-ramai. Kita menulis untuk mendedahkan perkara yang seharusnya diketahui khalayak seperti mengemaskinikan kisah Najib dan kapal selamnya daripada semasa ke semasa. Itu cuma salah satu contohnya sahaja.

Tapi, ada gedung perniagaan, stadium dan pentas terbuka yang menyajikan hiburan tidak bermanfaat lalu menelan jumlah perbelanjaan kos elektrik yang cukup banyak juga. Ini lebih teruk! Kenapa hal seperti ini didiamkan?

Sebenarnya bukan penjimatan elektrik saja yang mesti kita pedulikan. Di beberapa buah negara Barat, telah pun wujud sikap pengguna yang cukup bijaksana ketika membeli-belah. Jika anda kerap perhatikan filem-filem Barat, mereka menggunakan beg kertas ketika berbelanja membeli barang dapur, barang basah dan bahan mentah.

Penjimatan tenaga
Islam telah lama menerajui langkah-langkah penjimatan ini. Alam kita terbina oleh sejenis 'tenaga'. Merujuk kajian makmal ahli-ahli sains Barat berhubung tenaga, mereka pun merumuskan bahawa 'tenaga tak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan.'

Siapakah dan apakah hakikat 'tenaga' itu? Bagaimanakah rupa paras tenaga itu?

Biarkan soalan ini dijawab ahli-ahli sains. Badan-badan lembaga swadaya masyarakat seperti Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) cuma mahu menterjemahkan tindakan penjimatan tenaga itu secara global. Dalam makna lain, badan bukan kerajaan antarabangsa itu mahu menggerakkan kesedaran seejagat mengenai penjimatan tenaga.

Salahguna tenaga mendatangkan kemusnahan ke atas alam. Alam ini tercipta oleh tenaga. Tenaga tidak boleh kita cipta dan ia tidak boleh dihapuskan. Tapi, tenaga itu, walaupun tidak boleh dimusnahkan oleh manusia, ia boleh memusnahkan kita termasuk seluruh alam ini.

Al-Qur'an memberitahu kita berhubung kemusnahan alam ini menjelang kiamat. Kita tidak menghormati alam yang digerakkan oleh tenaga ini. Kita tidak berjimat cermat menggunakannya.

Dari mana asal-usul tenaga? Ia datang daripada makanan yang kita makan. Karbohidrat yang tersimpan dalam sebutir nasi. Ia hadir dalam minuman yang kita minum. Tenaga tersimpan di dalam air.

Maka, sebab itulah Islam mengajar kita menghormati makanan dan minuman. Makanan mesti dihabiskan dan minuman juga mesti diteguk habis. Jangan sampai kita meninggalkan sisa makanan dan minuman walau sedikit pun. Tetapi, berapa ramaikah dalam kalangan kita yang menyedari hal sekecil ini?

Mereka yang menutup lampu selama sejam itu mungkin orang yang sama, terbiasa membazirkan makanan dan minuman di restoren yang disinggahnya setiap hari. Bukan sesuatu yang janggal jika anda melihat gaya pemakanan orang kita yang biadap, tak hormatkan makanan, minuman dan tidak menghormati 'tenaga' yang menggerakkan alam ini!

Selepas makan, masih ada beberapa jemput nasi ditinggalkan. Kemudian dihisapnya rokok lalu puntung rokok itu dimatikan apinya ke dalam pinggan. Nilai-nilai bawaan tradisi Melayu dahulu seperti membasuh tangan di dalam pinggan selepas makan sudah tidak diendahkan lagi. Melayu tradisi sangat menghormati alam dan tenaga.

Tak dapat tidak, kita mesti kembali kepada nilai-nilai lama dan petunjuk agama untuk menghormati tenaga alam. Tidak perlu kita tunggu badan-badan antarabangsa untuk mengasuh kita memahami cara mengguna tenaga.

Tidak perlu kita tunggu WWF mengadakan usaha di peringkat antarabangsa supaya khalayak membebaskan bumi ini daripada haba yang tinggi. Ingat.. haba adalah sejenis tenaga juga. Ia dinamakan sebagai tenaga haba.

Earth Hour dirancang guna membangun kesedaran tentang betapa pentingnya manusia mengurangkan kesan perubahan iklim di peringkat global. Acara itu dimulakan di Sydney pada Mac 2007 melibatkan sekitar 2.2 juta penduduk. Kira-kira 2,100 premis perniagaan telah memadamkan lampu selama sejam.

Ini semua dibuat untuk menjimatkan tenaga! Cahaya adalah sejenis tenaga, iaitu tenaga cahaya. Dalam al-Quran disebut, 'Allah nur as-mawati wal ardh..'. Allah itu 'cahaya' di langit dan di bumi.

Sekali lagi..saintis menyebutkan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan. Maka, tenaga boleh mencipta dan 'dia' boleh memusnahkan dan mengazabkan dan apabila tiba waktunya dia 'menghukum' kita.

Demikian juga Tuhan. Dia tidak diperanakkan, dia tiada asal-usul, malah Dialah usul kepada segala asal serta awal kepada segenap kejadian dan peristiwa yang menghuni di dunia ini.

Membentuk, menyusun dan membangun kesedaran
Jika kita mengurangkan penggunaan lampu, kita mengurangkan kepanasan dunia akibat penggunaan bahan api fosil untuk mewujudkan bekalan elektrik selama ini. Demikianlah cara Barat berfikir. Tidak salah kaedah mereka ini dan tidak salah jika kita menyahutnya.

Usaha besar-besaran WWF itu mensasarkan kira-kira 1 bilion penduduk muka bumi ini. Berkesan atau tidak usaha itu, ia tergantung kepada tafsiran dan perspektif masing-masing.

Menurut kajian, bukan penggunaan bahan api fosil saja yang ada saham memanaskan alam, malah penggunaan bahan seperti chlorofluorocarbons (CFC) juga berperanan menipiskan lapisan ozon dunia.

Muntahkan saja beberapa kajian di internet, kesedaran semakin sukar dibangkitkan lewat penulisan. Kita kini perlu bersuara dan suara-suara ini perlu bergema ke seluruh alam. Suara ini harus bergerak dan digerakkan.

Pendek kata, kalau kita cuma cakap sahaja dan tidak bertindak, maka semua itu akan menjadi sia-sia sahaja.

Di televisyen sudah ada gesaan yang menggalakkan anak-anak muda belia di negara kita untuk bergiat cergas di dalam kegiatan belia.

Menurut iklan di tv itu, jika tiada suatu pun persatuan belia yang berkenan di hati kita, maka kita bolehlah kita membina kelab dan persatuan kita sendiri. Kita boleh mengajak rakan-rakan kita menyertainya.

Saya fikir, kita perlukan lebih banyak kelab dan persatuan belia yang tidak hanya terperangkap dengan gejala 2B; (baju dan bunga) atau 'baju batik dan bunga manggar'. Lazimnya inilah gambaran yang kerap ditayangkan di negara kita yang menyebabkan ramai anak-anak muda belia menjauhi persatuan belia itu.

Apatah lagi, 'gejala 2B' ini kerap diperhubungjalinkan dengan politik kepartian sehingga dihambaabdikan serta dijadikan budak suruhan kepada mana-mana ahli politik. Gambaran seperti ini tidak menarik perhatian generasi muda.

Mereka pun tidak rela diperhambakan. Mereka enggan menjadi 'barua' atau budak suruhan kepada mana-mana ahli politik tertentu. Mereka pun ingin menjadi tuan juga. Suara mereka perlu didengari.

Demikianlah.. Kerajaan seharusnya peka dan sedar mengenai hal ini.

Jikalau gerakan-gerakan belia ini bertindak dalam mempromosikan konsep dan pengertian penjimatan tenaga yang lebih luas cakupannya, adakah kerajaan bersedia memberikan imbuhan dana? Banyak betul tenaga yang perlu kita jimatkan ini. Berikut adalah senarai-senarai yang mungkin perlu dipertimbangkan kerajaan dengan teliti.

Pertamanya.. kata-kata adalah sejenis tenaga yang melantunkan bunyi. Dalam bahasa yang lebih saintifik, kita namakan tenaga ini sebagai 'tenaga bunyi'. Konsep dan istilah tenaga bunyi ada disebut dalam buku teks sains edisi Melayu sebelum dasar PPSMI diperkenalkan di negara kita sejak 2003.

Sejak PPSMI diperkenalkan, tidak diketahui apakah istilah tenaga bunyi dalam bahasa Inggeris?

Maka suara-suara serak basah anak-anak muda belia ketika menjerit di Perhimpunan Agung Umno semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno itu boleh dialirkan ke arah bentuk tenaga yang lebih bermanfaat seperti mengampu, membodek untuk kepentingan kroni sendiri supaya mendapat projek terbaru. Ini sekadar contoh saja.

Kedua..penjimatan masa. Kita perlukan gerakan belia yang giat mempromosikan penjimatan masa. Anak muda belia tak boleh dilalaikan dengan kegiatan bergebang kosong di Jln Yap Ah Shak pada saban malam Friday Nite Fever; melanggah arak sehingga jam 3 pagi.

Walaupun masa bukanlah sejenis tenaga, tetapi masa sangat berkaitan dengan tenaga. Kalau tidak, kenapa Earth Hour mensasarkan rakyat kita bergelap dalam tempoh sejam baru-baru ini? Jadi, masa perlu diambilkira juga.

Kerajaan haruslah memperuntuk dana secukupnya kepada gerakan belia seperti ini yang akan menggerakkan peduli waktu dalam kalangan generasi muda. Mereka ini boleh memujuk anak-anak muda ini menjalani kegiatan berfaedah seperti memasuki Umno untuk mendapatkan projek-projek tertentu di bawah tajaan Najib. Ini contoh saja.

Ketiga, kelab belia yang mesti ditubuhkan ialah gerakan belia yang akan berkempen untuk menjimatkan kegiatan berpeleseran di Dataran Merdeka. Segala tenaga yang digunakan untuk merempit perlu disalurkan kepada program berkelana ke kutub utara dan selatan, menawan Himalaya dengan menggunakan wang daripada percukaian rakyat.

Sebenarnya.. banyak lagi penjimatan tenaga yang boleh dibincangkan oleh anak-anak muda belia di negara kita. Kita boleh menjimatkan tenaga yang digunakan untuk melihat wanita cantik di kaki lima kepada melihat bendera Umno. Dan, banyak lagi jenis-jenis penjimatan tenaga yang boleh kita rundingkan.

Saya tulis begini bukan apa. Ini kerana, Umnolah yang paling banyak membazirkan tenaga-tenaga fikiran rakyat selama 60 tahun belakangan ini. Berfikir memerlukan masa, berfikir perlukan tenaga; tenaga untuk berfikir.

Tapi, masa dan tenaga itu telah diragut Umno dengan mengepung rakyat dengan segala rencam maklumat, membenam penipuan ke dalam hati masyarakat dan memprogramkan propaganda hingga mengelirukan fikiran rakyat sekali gus mengundang kepasrahan rakyat.

Rakyat kita jadi menyerah akibat tenaga fikiran dan masa mereka telah acapkali diragut Umno. Mujurlah dengan perkembangan teknologi internet; YouTube, blog mutakhir ini, tenaga dan masa mereka telah pulih kembali dan tenaga itu mengalir kencang sehingga menumbangkan lima buah negeri baru-baru ini.

'Earth Hour': Ikut perintah Allah jika mahu selamat

copy from: http://www.harakahdaily.net

by: LanH

Hampir sebulan berlalu sejak penghuni bumi menyambut 'Earth Hour' anjuran Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF). Pada sambutan tanggal 28 Mac, lampu dipadamkan sejam, kononnya bagi menyelamatkan dunia daripada kehabisan tenaga dan juga pemanasan global.

Usaha berkenaan bagus tetapi apakah ia dapat menyelamatkan bumi dan manusia seperti diharapkan? Bagi kita jawapannya adalah tidak kerana usaha itu adalah kempen dan publisiti murahan dunia Barat yang mahu dipaksakan ke atas penduduk dunia seluruhnya sedangkan penguasa dan lintah darat kapitalis dunia Baratlah yang merosakkan dan menjejaskan eko sistem dunia.

Bagi kita jaminan keselamatan termasuk kehidupan aman dan bahagia perlu berpaksi kepada hukum-hakam Allah SWT. Ini kerana Allah SWT yang menjadikan alam termasuk dunia ini dan segala penghuninya maka Dia-lah yang mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Antara jaminan keselamatan Allah SWT terzahir melalui kewujudan Tanah Haram (Makkah dan Madinah) untuk menjadi renungan. Di Tanah Haram, adalah menjadi larangan untuk memotong, menebang atau mencabut pokok dan tumbuh-tumbuhan atau memburu binatang. Pendeknya keharmonian alam dijaga begitu sekali, manusia yang memasuki Tanah Haram terutama pada musim haji dijamin keselamatannya sehingga jemaah tidak boleh berbalah (melalui percakapan) apatah lagi bergaduh dan berperang.

Keselamatan, keharmonian dan keamanan di Tanah Haram sewajarnya dibawa ke seluruh pelosok dunia agar manusia dapat didisiplinkan untuk mematuhi perintah Allah SWT. Ini kerana Allah SWT saja yang menjamin keselamatan manusia sedangkan undang-undang ciptaan manusia tidak dapat lari daripada kelemahan dan kesilapan.

Jaminan Allah SWT antara lain terkandung dalam Ayat 96 Surah Al-A'raaf yang bermaksud: "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."

Ancaman Allah SWT untuk mendatangkan bahaya kepada manusia terkandung dalam ayat-ayat 97 hingga 100 surah yang sama. Pada Ayat 97 dinyatakan: "Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan (azab) Kami kepada mereka pada malam hari ketika mereka sedang tidur?"

Allah SWT telah menyediakan peraturan dan undang-undang-Nya bagi keselamatan manusia tetapi umat Islam hari ini terikut-ikut dengan gagasan Barat yang cuba dipaksakan ke atas mereka. Sungguh begitu aneh kelakuan umat Islam hari ini, apa dicadangkan pihak Barat termasuk 'Earth Hour' mereka ikuti; mereka menjadi pak turut tetapi cara hidup Muslim termasuk perintah Allah SWT mereka pekakkan telinga.

Bagi menjayakan 'Earth Hour', pelbagai pihak daripada stesen televisyen, akhbar dan firma swasta menguar-uarkannya dengan begitu hebat sekali, tetapi bagaimana perintah Allah SWT? Apakah stesen televisyen kita peka akan waktu solat seperti diperintahkan Allah SWT? Jawapannya tidak, malah pada waktu solat yang singkat seperti maghrib, mereka sibuk menyiarkan rancangan kesukaan kanak-kanak menyebabkan anak-anak sukar didisiplinkan untuk solat.

Kemudian akhbar kita pula tidak puas-puas menyiarkan keputusan empat nombor ekor (perjudian) yang kini semakin menjadi-jadi (ruang iklan semakin banyak) kerana tempahan oleh pihak menawarkan teknologi canggih (seperti SMS) bagi mengetahui keputusan dengan cepat.

Di peringkat global pemimpin dunia mengamalkan hukum rimba, yang kuat menindas yang lemah. Negara berkuasa seperti Amerika menjarah negara lemah, menghancur dan menzalimi rakyat Iraq dan Afghanistan; begitu juga rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Semua penyelewengan ini 'memanaskan' dunia, 'Earth Hour' hanya propaganda murahan dunia Barat untuk menutup sikap hipokrit mereka. Kembalilah kepada Islam untuk selamat di dunia dan akhirat. Amin. _

Mase Siram Kain Tadi Teringat.....

Mama pesan, nak siram kain tu bagi putus air, faham x?

Mcm ni, kalo kita siram kain, pastikan kain yang disiram tu terpisah daripada kain yang belum disiram, cnth, kita siram kain, kita angkat kain yang kita siram tu dan letakkan di bawah paip, pastikan kain tu x tercelup dalam baldi atau tersentuh lantai, bimbang tekena najis2 baki yang tertinggal atau yang menyebabkan kain tu x suci.

Selapas teringat pesan mama, ku termenung sambil menyiram kain,

Kenapa masih banyk lagi masyarakat sekitar tempat tinggalku bergaduh pasal fiqh, ada yang marah anak dia makan dalam waktu imsak, ada yang munyuntik anaknya ponteng kelas semata mata untuk bace Yasin pertengahan Sya'ban, ada yang mengejutkan anaknya di malam raya semata mata untuk bertahll.

Adakah ianya salah?

Bagiku ia x, tapi sedarkah kita, siapa musuh kita yang sebenar?

Daripada 24 protokol Yahudi itu, dah berapa yang kita ter'intima'?

Dah berapa banyak ism2 ciptaan manusia kita terpengaruh?

Anda jawab..............

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...