Monday, June 7, 2010

Falsafah Kucing?


Disalin daripada: umar adnan


Kadang2 kita dengan binatang kita juga boleh amek iktibar dan renungan. Sumer org kenal kucing kan?hehe. Aku juga ade kucing.So, aku guner la kucing as an example. Makanan kesukaan kucing ialah ikan.Walaupun aku sndiri tak brape tau ape mkanan kesukaan kucing aku(snowy) 'sabor la vida' kot. :D Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut taupun cuber masuk lam akuarium. Eventhough
melompat2 nk masuk..


Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya. :p Justeru…untuk dapat makan ikan, apa kucing buat??

Kucing akan menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya. Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya, maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.(sebenarnye lapar sgt-stok mkanan habis...)

Begitu jugalah dengan kita ini. Untuk mendapat kehidupan yang baik, maka kita kena dekati TUAN kita. Siapa TUAN kita? Itulah ALLAH yang Maha Agung, Robb sekalian alam.

Kita mesti kenali,dekati dan cubalah ‘bermanjalah’ kepada-NYA. Nescaya kelak, pasti kita akan disayangi dan dirahmati olehNya. Pastinya kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.


Jangan ingat dengan hanya kudrat, segala usaha dan susah payah kita, maka kita pasti mampu mendapatkan sebarang rezeki. Rezeki tidak akan kita dapat tanpa belas ihsan dan rahmat daripada TUAN kita. Kita tidak mungkin dapat rezeki tanpa izin TUAN kita.

Lihatlah bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan ataupun curi makanan atas meja makan. Walau mungkin kucing dapat ikan dan dah dapt habuan, tapi tuannya tidak redha, marah dan bengang padanya. (snowy kenal water spray?) :p

Maka jika begitu jadinya… apakah ada gunanya???


Tips : Kalau nak dimurahkan rezeki, peganglah Falsafah Rezeki Kucing ini.

No comments:

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...