Thursday, January 28, 2010

AMAL 2007 Berkenalan Dengan Ciri2 Khusus Islam.


CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM:
=rabbaniyyah
=syumuliyyah
=inqilabiyyah
='alamiyyah
=waqi'iyyah
=thabat wa murunah


1. RABBANIYYAH (KETUHANAN)

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Ciri Rabbaniyyah ini akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan. Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan:
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah, pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia:
» Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.

Rabbani dari manhaj dan sumber:
Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.

Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani:
» Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
» Terhindar dari pengaruh kekayaan
» Islam sesuai untuk manusia
» Mendapat penghormatan dan kehormatan.


2. SYUMULIYYAH

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Sudut kesyumulan Islam :

1) Undang-undang

Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas. Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2) Keadilan

Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.

3) Kehakiman

Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.

4) Negara

Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.
Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-syariat seperti sifat Quwwah dan amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5) Akhlak

Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6) Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.


3. INQILABIYYAH

Inqilabiyah yakni tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.

Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert Jom Heboh, kedai bar minuman keras, disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?


4. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara


5. WAQI’IYYAH (REALITI)

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

Jadi, ia merupakan praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)


6. THABAT WA MURUNAH

Thabat wa Murunah ertinya tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal, boleh berubah dan fleksibel dari segi pelaksanaannya.

Contohnya : Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika sakit, solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.


7. Ciri-ciri lain….

= Risalah dan jalan penyampaian jelas.
= Bergerak mengikut kemampuan.
= Melaksanakan hazar (waspada).
= Memudah dan jangan menyusahkan.
= Tadrij (beransur-ansur)
= Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.


Kata-kata Sayyid Qutb :
"Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka. Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsu…"

No comments:

[ Blogger AMAL 07 ]

[ blogger amal ]

  • DIAgnosis - Assalamualaikum. Sudah lama tak memetik jari di papan *keyboard* laptop untuk meng*update* blog..rindu untuk menulis, rindu untuk meluahkan perasaan, rindu...
    5 days ago
  • HENTIKAN POLIMIK YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN - Bismillahirrahmanirrahim. Izinkan saya yang dhaif ini menulis sedikit berkenaan Majlis Selawat dianjurkan kerajaan baru-baru ini.Saya sedar kita berkhila...
    5 months ago
  • Sakit - Sakit adalah hadiah dari Allah. Dengan sakit kita lebih mudah menyebut nama Allah. Dengan sakit kita lebih mudah meminta mengadu kepada-Nya. Sakit fizikal ...
    6 months ago
  • Adik, jumpa di syurga nanti - Hassan menggapai-gapai tangannya untuk menjatuhkan bola yang tersangkut di dahan sebatang pokok. Lompatan berkali-kali seorang kanak-kanak berusia 10 tahun...
    6 months ago
  • Jiddiyah si Pemuda Rabbani - Semasa perjalanan pulang dari program tarbawi di utara, saya singgah di masjid Al-bukhari Alor Star untuk solat maghrib. Kebetulan bertemu dengan adik-a...
    9 months ago
  • Cukup Wang, Hati Senang, Dakwah Berkembang. - Bismillah, Semalam aku pergi event financial matters ni, Disebabkan speaker tu punya suara tak berapa jelas, I can't give 100% concentration masa dia bagi ...
    9 months ago
  • Isu Keselamatan Makanan Menurut Perspektif Islam - Mutakhir ini isu keracunan makanan menjadi topik yang hangat di media arus perdana mahupun media alternatif. Walaupun isu ini seringkali dipaparkan menerus...
    10 months ago
  • Sepi Dalam Kerinduan - Bismillahirahmanirahim... Alhamdulillahi ala kulli hal, seinfiniti kesyukuran dilafazkan buat pemilik agung seluruh kehidupan ini. Selawat dan salam ku izz...
    10 months ago
  • Mahasiswa Bertanding PRU? Mimpi Atau Realiti - Assalamualaikum & salam ceria... "Kalau rasa yakin boleh menang (dalam pilihan raya), pelajar boleh menjadi calon mana-mana parti. Ini merupakan satu pengi...
    1 year ago
  • Ramadhan ke-4, dan Tafsir Surah Yaasin 1-9 - Alhamdulillah, Ramadhan sudah menjengah ke malam ke-4, sepatutnya bagi pemburu pahala dari Allah s.w.t, Ramadhan dijadikan pesta ibadah bukan sahaja yang w...
    2 years ago
  • Mursi dan Husni - "SAYA TIDAK MAHU RAKYAT BENCI SAYA HANYA KERANA KENDERAAN SAYA"- MURSI Presiden Mesir, Dr.Muhammad Mursi ketika memasuki Istana Presiden Isnin semalam ba...
    2 years ago
  • Hypertonic dalam Iman - *بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم* Boleh tak korang relate eksperimen ini dengan iman? Form 4 atau from 5? Tak berapa ingat da. Best bu...
    2 years ago
  • Manusia Hari ini - Hari ini manusia sudah tidak mengira dosa dan pahala, halal dan haram.Akibatnya kita jauh daripada Allah.jauh dari rahmat Allah.Manusia hari ini tidak ada ...
    2 years ago
  • lembaran baru - waduh..waduh dah berabuk bekulat dan bercendawan blog ni. Dah lama bebenor tak menjeguk apatah lagi mencoret. Hari ni rasa tergerak hati nak buat " sesuatu...
    2 years ago
  • AMALAN MLM RAYA & PAGI RAYA=.= - MALAM 1)Mandi bl msk Maghrib 2)Takbir Raya 3)Isya' brjemaah & berazam slt Subuh brjmaah 4)Yaa Muhaimin 145x 5)Sayyidul Istighfar 3x 6)Asraghfirullah 999x 7)...
    3 years ago
  • Gemilang kembali - Ya. saya faham dinar emas memang senantiasa akan ada harga. Berbanding duit fiat yang boleh naik turun harganya sesuka hati. Harga dinar emas adalah mengi...
    3 years ago
  • PENGAJARAN DI SEBALIK PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ - *[1]* Sedar atau pun tidak, kita kini sudah berada di penghujung bulan Rejab. Bulan yang padanya telah berlaku suatu peristiwa penting dalam s...
    3 years ago
  • ISLAM ITU PRAKTIKAL - Ada yang menganggap bila menyeru 'kembali kepada Quran Sunnah' itu adalah satu benda yang tidak praktikal. Terlalu idealistik untuk dunia hari ini. Teori ...
    3 years ago
  • - *"hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah me...
    3 years ago
  • Suami Boroi.. - Ramai yang cakap lelaki boroi tanda bahagia, sejauh mana kebenarannya?? Persoalan yang timbul bagaimana pula kalau lelaki yang belum lagi berkahwin tetapi ...
    3 years ago
  • Ruqayyah Hanum: Impak besar pada pembentukan negara - Rugayyah Hanum, namanya tidak seharum titisan yang ditinggalkannya. Beliau dikatakan gundik yang dihadiahkan oleh Kesultanan Uthmaniyyah kepada Maharaja A...
    4 years ago
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...